Tuesday 2 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang mulia, SMK Kiaramas ingin mengucapkan kepada semua warga Kiaramas, selamat menjalani ibadah puasa dengan sabar dan ceria. Teruskan tugas seperti biasa dan jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk merendahkan prestasi peribadi dalam menjalankan apa jua tugas yang diamanahkan. Kepada para pelajar tingkatan 3, selamat menjawab Peperiksaan Percubaan PMR dengan jayanya. Semoga sempena bulan yang mulia ini, anda semua dapat menjawab setiap soalan dengan tenang dan yakin. 

Wednesday 13 July 2011

Pengenalan

SMK Kiaramas merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak dalam Zon Sentul, Kuala Lumpur. SMK Kiaramas dibuka dan mula beroperasi pada 1 Januari 2004. Sekolah ini merupakan sekolah sesi pagi dengan dua aliran iaitu Aliran Perdana dan Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Sesi persekolah Aliran Perdana bermula jam 7.30 pagi sehingga 2.00 petang / 2.40 petang. Sementara Aliran Pendidikan Khas pula bermula jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Warga SMK Kiaramas berkeyakinan dapat memberikan perkhidmatan kaunter pejabat dengan konsep mesra pelanggan dan setiap warga akademiknya berusaha untuk memberi pendidikan yang bermutu dan dinamik bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang dan bersahsiah tinggi.